Kasus TKI: Surat Terbuka Pengacara asal Malaysia Untuk Dubes Indonesia

Facebook Internasional Jeritan Rakyat Netizen Viral

Kehadapan
Yth Bapak Duta Besar
Republik Indonesia di Malaysia,
Bpk Rudi Kirana

Yth Bapak Duta Besar,

Dengan rendah diri dan segala hormat, izinkan saya membawa perhatian kepada berita pelepasan majikan yang telah mencederakan seorang pembantu rumah Indonesia dengan hukuman Bon Kelakuan Baik pada tanggal 15hb Maret 2018.

Terlebih dahulu, saya meminta maaf, jika saya beranggapan bahawa kasus ini tidak mendapat perhatian ataupun telah terlepas perhatian atau terlepas pantauan oleh mereka yang bersangkutan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur. Mungkin juga, mangsa tidak didampingi pegawai HAM Kedutaan Indonesia ataupun tiada kuasa pengacara dilantik Kedutaan Indonesia ataupun pihak Kedutaan Indonesia tidak mendapat nasihat ataupun dinasihati pengacara secara terperinci segala perihal tentang kasus ini termasuk hukum-hakam yang berkaitan oleh pengacara Kedutaan Indonesia.

Untuk makluman Bpk Duta Besar, daripada apa yang saya baca dan maklumat yang saya perolehi, mangsa, Suyanti Sutrinso, 19 tahun, yang ketika itu bekerja sebagai pembantu rumah, dikatakan telah pada 21 Disember 2016 antara waktu 7 pagi dan 12 tengahari telah dicederakan oleh majikannya Datin Rozita Mohamad Ali dengan menggunakan antara lain pisau dapur, penyangkut baju, batang mop, payung, sebatang rod besi, alat mainan kucing.

Akibat daripada penderaan yang telah dilakukan Tertuduh, mangsa telah dikatakan telah mengalami kecederaan termasuk pada kedua-dua mata, tangan dan kaki, pendarahan beku dibawah kulit kepala, patah tulang serta patah belikat kiri. Mangsa dikatakan telah dijumpai terbaring ditepi longkang oleh seorang pengawal keselamatan.

Pada awalnya Tertuduh disabitkan dengan pertuduhan dibawah s.307 Kanun Keseksaan dimana hukumannya boleh sampai 20 tahun penjara.

Namun, mengikut apa yang saya baca, selepas perbicaraan dimulakan dan selepas 10 orang saksi pendakwaan telah memberi keterangan termasuk keterangan dari doktor, Tertuduh telah kemudiannya mengaku salah kepada pertuduhan pindaan dibawah s.326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda.

Baca Lagi Nih:  10 Rahasia Fakta Unik Wanita Wajib kamu tahu

Hakim yang mendengar kasus tersebut dan selepas Tertuduh mengaku salah kepada pertuduhan pindaan dan rayuan peguamcaranya sebaliknya menjatuhkan hukuman bon kelakuan baik selama 5 tahun. Ini bererti, Tertuduh telah terlepas dari hukuman penjara.

Saya sesungguhnya percaya, Hakim bijaksana yang mendengar kasus tersebut telah terkhilaf dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Tertuduh kerana selepas pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah, tiada lagi apa-apa peruntukkan untuk bon kelakuan baik untuk kesalahan-kesalahan serius dan berat dan khususnya kesalahan yang mana melangkaui hukuman 10 tahun dan lebih.

Alasan untuk keringanan hukuman dan untuk dikenakan bon kelakuan baik mengikut apa yang saya terbaca adalah bahawa Tertuduh telah mengalami tekanan melampau sejak didakwa diMahkamah. Tertuduh juga dikatakan telah insaf dan telah memberikan kerja sama kepada pihak polis.

Saya disini juga ingin membawa perhatian bahawa dalam mengaku salah dan untuk keringanan hukuman tiada secebispun permohonan maaf dari Tertuduh kepada mangsa.

Saya berpendapat dan sesungguhnya yakin begitu juga akan pendapat Bapak Duta Besar bahawa, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah adalah tidak setimpal sama sekali dengan penderaan dan kecederaan yang dialami mangsa. Dalam mendengar rayuan dan keinsafan Tertuduh, ternyata tiada diambil kira dan diteliti segala yang dilakukan Tertuduh kepada mangsa. Benak hati tertanya, apakah gambar-gambar mangsa selepas kejadian, lapuran perubatan dan juga keterangan saksi tidak menjadi pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman.

Suyanti Sutrinso, mungkin orang kampung dan mungkin dari keluarga yang daif. Beliau, merantau ke Malaysia hanyalah untuk mencari pendapatan halal. Namun, harga dirinya, maruah dan martabatnya tidaklah sebegitu rendah dan hina sehingga diperbolehkan dan dilakukan seperti apa yang telah dilakukan kepadanya. Biar bekerja sebagai orang gaji, itu tidak memberikan izin kepada majikan untuk menganggapnya sebagai hambanya sehingga boleh diperlakukan apa sahaja terhadap beliau.

Baca Lagi Nih:  Polsek Palmerah: Ojol Partner Kami Kurangi Curanmor

Saya percaya saya mewakili semua rakyat Malaysia yang turut terkilan dengan keputusan Mahkamah dan saya harap Bpk akan mengambil segala tindakan untuk mendapatkan keadilan yang sewajar, sepatut dan secukupnya untuk Suyanti Sutrinso, termasuk pengadilan sivil menuntut pampasan ganti rugi wang termasuk wang gaji, ganti-rugi untuk kecederaan, untuk rawatan sekarang dan kemudian, ganti-rugi untuk trauma. Apa-apa dan seberapa wangpun tidak mungkin boleh menjadi pengganti, namun pampasan dan ganti-rugi wang wajar dituntut untuk meringgankan keperitan yang telah dihadapinya.

Saya, sebagai seorang pengacara bersedia memberikan segala khidmat guaman, termasuk secara gratis untuk membantu mangsa yang sungguh malang ini.

Semoga, pihak Kedutaan Besar Indonesia akan mempunyai Standard Operating Prosedur yang lebih mantap untuk memantau dari mula sehingga akhir kasus-kasus seperti ini dan sentiasa memastikan keadilan yang sewajar, sepatut dan secukup sentiasa berlaku.

Disudahi dengan salam hormat dan terima kasih.

Yang benar,
Norman Fernandez

Facebook : Helen Fernandez

Disunting Oleh: Boby Pasaribu

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *